Selamat datang kawan-kawan di Blog saya yang sederhana ini. Semoga kalian yang berkunjung mendapat manfaat dari sini. Blog ini akan selalu saya update dengan tulisan-tulisan terbaru sehingga bagi yang berkunjung tidak jenuh,apalagi bosan. Bagi yang ingin copy paste juga saya silahkan, dengan catatan harus menyertakan sumber asalnya dari blog saya ini sebagai catatan dibawahnya. Budayakanlah ungkapan terima kasih ya? Selain itu pada data dibawah,terdapat beberapa banner yang bisa kamu klik untuk bisnis online bagi pemula, ya siapa tau aja minat?silahkan lihat-lihat ........

Rabu, 28 Desember 2011

Imam Syafi`i Shalat hajat 2 rekaat Tabarruk dengan Kubur Imam hanafi dalam Kitab Khatib al-Baghdadi

 Imam Abu Hanifah, an-Nu’man bin Tsabit radhiyallahu `anhu adalah salah seorang pengasas mazhab yang masyhur. Beliau wafat pada tahun kelahiran Imam asy-Syafi`i radhiyallahu `anhu, iaitu 150H. Makam beliau yang berada di Baghdad sentiasa menjadi tumpuan ziarah kaum muslimin yang kasihkan para kekasih Allah SWT. Imam kita, Sultanul A-immah Muhammad bin Idris asy-Syafi`i ketika di Baghdad, juga tidak ketinggalan untuk menziarahi Imamul A’dhzam Abu Hanifah di makam beliau tersebut. Bahkan Imam Besar keturunan Bani Muthallib ini turut menadah tangan berdoa kepada Allah SWT dengan bertawassul kepada Imam Abu Hanifah RA. Kisah mengenai perkara ini disebut oleh Imam al-Hafiz Abu Bakar Ahmad bin `Ali bin Tsabit bin Ahmad bin Mahdi asy-Syafi`i rahimahullah yang masyhur dengan gelaran Imam Khatib al-Baghdadi, seorang ulama bermazhab Syafi`i yang hidup sekitar tahun 392H – 463H.
Dalam karya beliau yang  masyhur “Tarikh Baghdad” pada jilid 1 halaman 123 beliau menulis kisah tersebut melalui jalan daripada al-Qadhi Abu `Abdullah al-Husain bin `Ali bin Muhammad as-Saymari daripada `Umar bin Ibrahim al-Muqri daripada Makram bin Ahmad daripada `Umar bin Ishaq bin Ibrahim daripada `Ali bin Maimun yang menyatakan bahawa beliau mendengar Imam asy-Syafi`i RA berkata: ” Sesungguhnya aku bertabarruk dengan Abu Hanifah dan aku menziarahi kubur beliau setiap hari. Apabila aku mempunyai suatu hajat keperluan, aku bershalat dua rakaat, kemudian pergi ke kubur Abu Hanifah dan berdoa kepada Allah di sisinya, maka dalam masa yang singkat sahaja hajat tersebut ditunaikan.